Peluru berpandu di laut dan kapal selam. Israel dan senjata nuklear

Israel mempunyai populasi sekitar 6 juta dan kecil sedikit daripada New Jersey. Ia mempunyai persisiran pantai sepanjang 170 batu di Laut Mediterranean. Dengan kerisauan tentang keupayaan peluru berpandu yang dimajukan oleh Iraq, Iran, dan jiran bermusuhan yang lain, dan dengan laluan kepada Mediterranean, secara logiknya Israel pastinya akan memajukan sistem penempatan di laut dengan berkeupayaan nuklear untuk menyokong komponen udara dan darat. Sistem jenis penempatan laut yang paling selamat secara tradisinya adalah kapal selam.

Pada Jun 2002, bekas pegawai Pentagon dan Jabatan Negara ( State Department ) memberitahu Washington Post bahawa Israel telah melengkapi tiga kapal selam berkuasa diesel dengan peluru berpandu kruise berkeupayaan membaya kepala peladak nuklear. Israel menkontrak syarikat Jerman Thyssen Nordseewerke di Emden dan Howaldtswerke-Deutsche Werft di Kiel untuk membina kapal selam bagi Pasukan Pertahanan Israel/Tentera Laut ( Israel Defense Forces/Navy ) (IDF/N). Dinamakan kelas Dolphin, kapal selam tersebut sepanjang 57.3 meter, sasaran 1,900 tan, mampu mencapai kelajuan 20 knot, dan mempunyai anak kapal seramai 35 orang setiap satu. Kapal selam pertama, Dolphin, sampai di Haifa pada 27 Julai 1999. Leviathan memasuki angkatan laut sebelum akhir 1999, dan kapal selam ketiga, Tekumah, dihantar pada Julai 2000. Kos setiap kapal selam dianggarkan $300 juta. Setiap kapal selam dilengkapi dengan 10 tube 21-inci berkeupayaan melancarkan torpedo, periuk api, atau peluru berpandu kruise. Pegawai kanan pertahanan Israel mengesahkan bahawa kapal selam kelas Dolphin membawa peluru berpandu antikapal Harpoon U.S.. Menjadikan ia berkeupayaan nuklear memerlukan Israel memajukan kepala peledak nuklear dan kit pensasar untuk menyerang sasaran darat. Tidaklah diketahui samaada peluru berpandu tersebut telah diubahsuai. Pada In March 2000, Amerika Syarikat menolak permohonan Israel untuk 12 peluru berpandu kruise BGM-109 jarak jauh. Peluru berpandu kruise Tomahawk lancaran laut wujud dalam versi muncung nuklear untuk penghantaran oleh kapal selam penyerang Amerika Syarikat.